Kelas Asas Microsoft Word

27 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin – 26 Oktober 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas asas Microsoft Word yang bermula pada jam 4.00 petang hingga 4.30 petang. Kelas yang diadakan ini bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu dan dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah dan menengah Lubok Antu.

Dalam kelas ini peserta telah didedahkan dengan cara menaip surat rasmi. Peserta telah dibimbing dalam menghasilkan header dan menaip surat rasmi menggunakan format yang betul. Dalam kelas ini, peserta telah diajar cara memasukkan logo, mengubah saiz gambar, memanfaatkan perenggan dan bold tulisan. Sebagai aktiviti tambahan, peserta telah diberikan ceramah ringkas dan tayangan video Klik Dengan Bijak iaitu Buli Siber.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada surat rasmi
2. Latihan menghasilkan surat rasmi
3. Ceramah dan tayangan video KDB (Buli Siber)
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali